Wednesday, October 27, 2010

Part I : Kesan Aplikasi Rangkaian Sosial Terhadap Pengguna Internet




Dunia kini terus bergerak pantas, teknologi semakin hari semakin berubah mengikut peredaran masa. Setiap negara cuba menyediakan access internet kepada penduduknya sebaik mungkin, begitu juga dengan negara kita Malaysia. Hari ini terdapat pelbagai kemudahan perkhidmatan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada internet yang rancak dipromosikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyedia-penyedia internet (ISP)



Menurut sumber penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut akan terus melonjak ke 20.4 juta orang pada tahun 2012. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat negara kita telah menerima dan menyambut baik teknologi yang canggih ini. Perkara ini juga adalah selaras dengan seruan pihak kerajaan yang mahu menjadikan negara Malaysia negara berasaskan ICT sepenuhnya. Aplikasi-aplikasi dalam rangkaian pengurusan kerajaan telah dilakukan melalui sumber akses internet sahaja. Akses terbaru dan terkini yang disediakan oleh pihak kerajaan ialah E-Penyata Gaji dan Laporan yang mana semua pekerja sektor awam hanya perlu capai akses pada laman Akautan Negara untuk mendapatkan slip gaji masing-masing.

Capaian-capaian aplikasi ini amat baik sekali namun ada kesan baik dan buruknya. Begitu juga dengan kerancakkan dunia hari ini dengan aplikasi rangkaian sosial yang semakin bercambah seperti cendawan tumbuh. Wujudnya jaringan sosial yang semakin canggih dan mudah untuk di akses oleh sesiapa sahaja seperti Facebook, Myspace, Frienster, Ekawan, dan banyak lagi. Rangkai yang semakin meningkat naik kini ialah Facebook atau mukabuku.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia telah mencatatkan sebanyak 66% pada bulan Disember 2008 iaitu tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3% dan 68%.

Kepesatan rangkaian sosial ini jelas tampak pada masyarakat dunia dan penduduk negara kita.

bersambung...


No comments:

Post a Comment